Mood:

Topic: BUDI BAHASA
Acik dapat idea untuk menulis ni ketika keluar ke pasar malam semalam bersama Diana. Dia kata dia suka cara acik memandu yang bertimbangrasa dan mengalah pada pemandu lain...(yer ke aku tuh..hehe)
Entahla...kita ni pompuan, mangla kener beralah selalu dan bersabar kalu memandu. Walau apapun yang kita lakukan, kita mesti salu bersabar. Ianya berkait rapat dengan budi bahasa kita sebagai manusia, sebagai umat Islam, sebagai orang melayu yang bangga dengan budi bahasa, sebagai ibu dalam satu keluarga, sebagai anak kepada ibu dan bapa, sebagai kakitangan kerajaan yang perlu tunjukkan teladan yang baik untuk menjaga nama baik organisasi Kerajaan.
Bukan hanya dalam memandu, dalam segala perbuatan, pergaulan seharian pun kita kena mengamalkan budi bahasa yang baik. Kita belajar dari kecil tentang budi bahasa samada dalam kelas, mahupun dari kata nasihat ibu bapa ataupun yang kita baca dari media cetak yang pelbagai.
Satu yang acik cuba amalkan adalah senyum dalam bekerja. Ianya merupakan satu terapi untuk mengurangkan stress kita. Dalam Islam, senyum tu sedekah. Senang-senang je kita dapat pahala. Tak sedar, biler kita senyum, kita dah menambah koleksi pahala kita. Bukan hanya dapat pahala..kita boleh menambah kawan. Tapi harus kita ingat. Janganla senyum cam orang tak betul pulak...Payahhhh..lagi satu, jangan pulak senyum dgn tujuan mngorat orang....nanti pahala tk tambah....dosa pulak yang kita dapat....nauzubillah...
Berbualpun perlu amalkan budi bahasa jugak. (ni acik lomah sikit) Sedar, kenkadang mulut lazer, cakap lepas, tk mikir pasaan orang lain. Acik la tuh. Kenala ajar2 diri tu cakap molek2. Cakap elok2, jangan sakitkan ati orang...jangan lupa yang orang lain tu ader pasaan. Itu tuntutan agama dan amalan bangsa kita. Ada orang yang boleh kita bawak bergurau..tk kisah org kata apa pun. tapi ada orang yang sensitip. Kenkadang ada masanya kita kena praktikkan Etika dan protokol yang kita belajar tu. Kita kena sesuaikan gaya percakapan kita kalu kita bercakap dengan pegawai atasan kita. Dengan orang bawahpun, kena hormat gak. Sebab kita sama brand...brand manusia. Kawalan perasaan atau emosi perlu sentiasa update dengan keadaan dan siapa yang kita hadapi.
Budi bicara dan timbangrasa juga perlu dalam menjalani penghidupan seharian. Hari ini kita mungkin tidak bertimbangrasa dengan seseorang, esok lusa maybe orang lain pula akan tidak bertimbangrasa pada kita. Mungkin kita tidak merasakan perlu bertimbang rasa pada seseorang itu kerana mereka bukan anggota keluarga kita, bagaimana pulak satu masa kelak, kita, atau anak kita, adik kita atau orang yang kita sayang tidak mendapat timbangrasa dari orang lain pula...apa yang kita akan rasa. Sebab itu dalam membuat keputusan (dah msuk tajuk Membuat keputusan pulak..), kita perlu pertimbangkan banyak hal. Baik dan buruk, risiko dan faedahnya. Budi bicara ada kaitan dengan budi bahasa....perkataan budi itu memang saling berkait. Tinggal lagi budi bahasa berkait dengan cara percakapan samada lisan mahupun praktikalnya. Budi bicara merupakan sesuatu adakalanya perlu tika membuat sesuatu keputusan atau arahan terutama terhadap seorang yang memerlukan belas kasihan kerana sesuatu permasalahan yang dihadapinya. Tak jauh bezanya dengan timbangrasa. Seseorang yang tidak memakai budi bicara ketika membuat keputusan, boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak bertimbangrasa.
Ketika kita terfikir untuk marah orang lain, kita fikir dahulu diri kita...apakah aku sendiri tak penah buat orang marah. kerana kita manusia. Sentiasa juga buat salah. Kita nak tegur orang yang buat salah, memang kewajipan kita. Tapi kita perlu menegur cara hikmah kerana Nabi kita pn menegur dengan penuh hikmah dan dia mahu umatnya menjadikan perbuatan nya sebagai ikutan. Kita sendiri akan rasa tak seronok kalu ada orang yang menegur kita dengan kasar. Kalau kita sendiri susah nak menerima teguran orang, maka sekiranya kita menegur kesalahan orang, jangan harap orang akan terima teguran kita. Sebaliknya orang akan mencari kesalahan kita pula.
Sebab itu budi bahasa memainkan peranan penting dalam penghidupan kita. Segala apa yang kita lakukan dalam pergaulan, dalam persekitaran, berkait dengan budi bahasa kita. Muhasabah diri sendiri selalu agar kita lebih bertimbang rsa, lebih berbudi bahasa. Macam memandu, kita salu potong kenderaan lain dari belah kiri, mesti orang marah, [polis lagi marah..hehe) tiba2 satu hari, org pulak potong kita dari kiri...kita nak marah tak? kita nak lelah dia..kejor dia...hamun dia, maki dia..??? patut tak? so, kita senyum jer la...dlm ati cakap, ala...aku pun salu wat centuh... tk leh la aku nk marah. kenkadang kita bawak keter pelahan la sangat sampai orang belakang marah...terutama masa kita memula bajar bawak keter. Ramai yang ikut belakang yang marah, pdhal bukan satu kesalahan pun. Setahun lepas tu, kita tepaksa mengikut sebuah keter yang jalannya tlalu amat pelahan....kita nk marah ke??? kita nak merengus ke..?? kita tak ingat masa kita dulu bawak keter pelahan nak mampus...tesengguk2...teberenti injin dan macam kes lagi..? perlu tak kita balas dendam....'dulu orang marah aku, skrg time aku pulak nak marah orang bawak keter pelahan nak mampus..!!!' Perlu ke??
Macam bebudak dok asrama la...memula masuk kener buli...dah jadi senior, dia pulak membuli budak junior...alasan, sbb dulu dia teruk kena buli...patut ke jadikan amalan benda yang tak baik ni??
Itu smua akan mewarnai imej kita sebagai hamba Allah, sebagai rakyat mesia, sebagai bangsa melayu, sebagai kakitangan kajaan, sebagai seorang pompuan atau lelaki dan sebagai manusia.