PENGUMUMAN KEPADA SEMUA STAFF BAHAGIAN BIASISWA ARAS 13 (29/03/2008)
Satu Majlis
Bacaan Yaasin dan jamuan akan diadakan pada hari Jumaat 04 April
2008 bersamaan 27 Rabiulawal 1429.
Semua yang berada
di Aras 13 adalah dijemput hadir sama (termasuk PKS ye…). Penyertaan adalah percuma.
Masa dan tempat
akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Beberapa pihak
telah bermurah hati untuk menaja majlis tersebut. Namun sekiranya ada yang mahu menyumbang/menambah sumbangan ikhlas samada
dalam bentuk makanan atau wang, sila hubungi terus pengerusi urusetia majlis, Cik Sahida Abu Seman untuk penyerahan atau makluman sumbangan
tambahan anda (No. sambungan 7055) sebelum hari Isnin 31 Mac 2008 bersamaan 23 Rabiulawal 1429.
Seperkara lagi,
sila bawa kitab Yaasin masing-masing pada majlis tersebut kerana kami tidak menyediakannya.
Kehadiran semua
staff Aras 13 amat diharapkan untuk mengimarahkan majlis. Moga Majlis yang mulia ini akan mendapat limpah Rahmat dan
Berkah Ilahi di samping akan mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara kita semua.